A'AKIF,nama yang takkan pernah luput daripada memori setiap ahli keluargaku,kehadirannya membawa seribu satu makna kepada keluarga kami.13 MAC lahirnya insan ini memberi satu perubahan kepada setiap ahli keluarga kami dan hanya mereka yang mengalaminya merasai apa yang dirasa oleh setiap ahli keluarga kami.
ALLAH menjanjikan "setiap yang berlaku di muka bumi ini pasti ada hikmah disebaliknya."
Apabila melihat senyumannya ditambah pula dengan pautan mata antara mamanya,hati ini menangis......menangis tanda kesyukuran dan kegembiraan melihat baby A'AKIF gembira.Siapa tahu disebalik senyuman seorang ibu itu terdapat seribu satu penderitaan,kegembiraan,kesedihan atau mungkin kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu,kini berada dihadapan matanya melihat mamanya dengan senyuman dan mata yang penuh dengan kasih sayang terhadap si mama.
Besarnya pengorbanan seorang insan bernama ibu....hanya ALLAH yang mampu membalas nya.Siapa la kita sebagai seorang anak untuk membalas peritnya rasa ibu ketika mengandungkan kita.Hanya DOA sahaja yang mampu di pohon untuk si dia bergelar IBU.Gembiranya insan bergelar IBU apabila melihat anaknya membesar dengan kasih sayang dan gelak tawa serta pelbagai gelagat yang sering kali mencuit hati sang IBU.
Pelbagai perasaan timbul dalam suatu jangka masa yang panjang....masa berlalu dengan pantasnya tanpa pernah berhenti walau sedetik pun....
"DEMI MASA..,
SESUNGGUHNYA MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN..
KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN KEBAJIKAN SERTA SALING NASIHAT MENASIHATI UNTUK KEBENARAN DAN SALING MENASIHATI UNTUK KESABARAN ." surah AL-ASR.
p/s;its my blog,my words,who cares,its just mine ;)

No comments:
Post a Comment